Friday, April 29, 2011

Bukan Cinta Biasa

Konsep cinta yang aku sering dengar dari mulot-mulot si bejat mesti nak kaitkan dengan seks, kalau tak pun harta. Cinta sesama manusia atau sesama makhluk. Well.. Sebab rendah sangat IQ diorang ni, so aku pun ringan tangan nak menaip artikel ni.



Pendapat dari otak aku yang lemah ni, cinta sesama manusia adalah biasa kerana benda yang selalu bermain di filem atau pun drama. Kalau tak cinta lurus, cinta songsang. Kalau lurus nampak macam best. Kalau songsang nampak hina. Padahal dua-dua mabuk nafsu. Cuma beza jenis hubungan sahaja. Oleh kerana terlalu meriah sangat dangan cinta yang tak abadi ni, aku jadi tak keruan nak kritik sikap itu.

Buat sang pencinta makhluk sekelian, kalau nak kritik penulisan aku ni, lebih baik refer post aku yang pertama. Sebab, aku tak ada sebab nak explain panjang-panjang untuk puakan hati korang. Ini inisiatif untuk aku sendiri. Kalau suka, sila baca. Tak suka, sila tekan butang x kat penjuru kanan di bahagian atas. =)

Orang Melayu yang kaya dengan kehalusan berbahasa selalu memetik ungkapan ini:

"kalau cinta pada bunga, bunga akan layu,
kalau cinta pada harta, harta akan habis,
kalau cinta pada manusia, manusia akan mati"



Ungkapan ini sangatlah bermakna buat aku. Kerana ia melambangkan betapa kerdilnya makhluk di sisi Sang Pencipta. Namun, mengapakah cinta pada Nya bukan lagi yang utama di dalam hidup kita? Alangkah sepinya hidup andai cinta Nya bukan untuk kita. Di manakah kita mahu selamatkan diri? Kehidupan dunia yang menipu terus membohongi kita. Pangkat, darjat, harta dan nama diutamakan. Lantas, membuang keagungan Allah, menolak sunnatullah. Apabila yang demikian itu berlaku, Allah itu tidak lagi ditakuti, bahkan dipersendakan. 

Mana nak dicari lagi insan seperti Rabiatul Adawiah? Beribadah selama lebih daripada 30 tahun. Dunia tidak langsung memberi kesan di dalam hati. Walaupun seorang abidah (lelaki disebut abid), namun hatinya langsung tidak berasa selesa akan balasan yang diterimanya di akhirat kelak.



Rabiatul Adawaiah, wanita yang lahir di Basrah pada awal kurun ke 2 Hijrah, merupakan seorang anak kepada guru agama yang juga bekerja mendayung sampan. Beliau adalah seorang yang menggemari Al-Quran dan sangat cinta kepada Allah. Tidak dapat dibayangkan bagaimana setianya Rabiatul Adawiah terhadap tuhan Rabbul Jalil. 
Biarpun segunung emas, selautan kenikmatan, beliau menolaknya hanya kerana cintanya pada Yang Esa. Cerita tentang Rabiatul Adawiah sering aku baca dalam buku mahupun laman-laman website. Terlalu banyak post untuk dibaca kepada mereka yang nak membacanya. oleh itu, tak perlulah aku nak explain terlalu banyak tentang riwayat beliau. Apa yang penting aku nak luahkan ialah bagaimana dan mengapa.



Jika diselidik dengan teliti, bagaimanalah Rabiatul Adawiah mampu mencapai cinta luar biasa kepada Allah dengan menolak dunia. Sungguh zuhud peribadi Rabiatul Adawiah. Alangkah indahnya bercinta dengan Allah. Segala keinginan terhadap dunia ini tak menjadi masalah di dalam hati. Aku sangat cemburu membaca kisah Rabiatul Adawiah. Tekad aku nak berusaha selalu cair bila melihat urusan dunia yang menghiburkan nafsu.

Mengapa keagungan Allah selalu aku tolak ke tepi? Aku diperkenalkan kepada Allah sejak aku kecil lagi. Tapi, cinta aku pada-Nya terlalu hambar malah sering mencabar kebesaran-Nya. Andainya aku memiliki cinta itu, betapa aku beruntung. Andainya dunia ini sedikit pun tak memberi kesan, alangkah bahagianya hati.



Mungkin usaha aku hendak mendapatkan cinta terlalu kerdil berbanding agungnya cinta Allah itu. Malu rasanya hati aku, namun sebagai hamba, itulah yang perlu aku rasa. Hanya ku harapkan cinta Nya. Aku harap suatu hari nanti aku juga cintakan tuhan. Usaha itu diperkuatkan lagi bermula di sini. Insya-Allah.

Wednesday, April 27, 2011

Kitar Hidrologi

"Katakanlah, 'Siapakah yang memberi rezeki untuk kamu dari langit dan bumi?' Katakanlah, 'Allah. Sesungguhnya, sama ada kami atau kamu adalah di atas petunjuk yang benar, atau dalam kesesatan yang nyata". (34:24)

"Dan menurunkan dari langit, air; dengannya Dia mengeluarkan buah-buahan untuk rezeki kamu. Maka janganlah mengadakan rakan-rakan bagi Allah dengan mengetahuinya". (2:22)

"Kami menurunkan dari langit air yang diberkati, dan menumbuhkan dengannya jannah (kebun-kebun atau taman-taman), dan tanaman biji-bijian tuaian, Dan pohon-pohon palma yang tinggi dengan seludang-seludang berderet rapat, Rezeki untuk hamba-hamba, dan dengannya Kami menghidupkan tanah yang telah mati". (50:9-11)

Maha Suci Allah yang memberi rezeki kepada hamba-hambanya. Kali ini, terdetik di hati aku ingin berkongsi sedikit pendapat dan pandangan setelah menerima lecture dari pensyarah water supply. Dan digabungkan sedikit dengan ilmu yang diturunkan oleh guru-guru lain. Maka terjadilah kerpasan idea di dalam blog ini.

Merujuk ayat-ayat Al-Quran di atas, secara jelas Allah telah menerangkan bahawa air itu datangnya dari langit. Maha Suci Allah yang menurunkan hujan dan salji, dan mustahil baginya bersifat lupa. 

Oleh kerana pembelajaran Sains pada hari ini seringkali bagai menolak kekuasaan Allah, aku dengan slumber nya menulis artikel ini setelah menonton sebuah scene video yang menerangkan punca Bob Lokman menyertai Pas. 



Maaf, penulisan ini bukan merujuk kepada mana-mana parti, tetapi mahu membuka minda aku sendiri tentang kebesaran dan kekuasaan Allah serta menolak kenyataan kaum Nasrani yang menyatakan kitab Al-Quran itu dicelup daripada Bible.


Mari kita lihat bagaimana sains menerangkan kitar hidrologi.



Gambar di atas menunjukkan kitar hidrologi.

Daripada awan menjadi hujan, dari hujan ke laut pula. Ada pula yang ke sungai, tasik, tanah dan pelbagai lagi. Tapi yang jelas di sini, konsepnya adalah; air turun dari langit. So, buat sahabat yang mengatakan konsep kitar hidrologi sama dengan konsep ayam dan telur, maka aku tegaskan di sini bahawa air itu berasal dari langit. 

orang yang menyatakan konsep ayam dan telur, sebenarnya tidak membawa agama semasa belajar sains. Itulah yang aku boleh simpulkan. Berkenaan dengan ayam dan telur, aku syorkan supaya korang baca sejarah Nabi Nuh A.S.. Aku rasa korang akan faham bahawa ayam itu terlebih dahulu sebelum telur.

Wallahu A'lam..

Tika Hidayah Menyapa

Hidayah yang aku tulis ini bukanlah Miss ko-ordinator (miss ko-o) or siapa-siapa pun. Tapi hidayah ini adalah sebuah kasih daripada Allah kepada hambanya yang dipilih. Ianya adalah suatu yang harganya tidak ternilai dan sentiasa menjadi pengharapan oleh setiap insan. Allah membimbing hamba-hambanya melalui talian hidayah yang mana hanya insan yang dipilihnya sahaja akan diberi pimpinan. Kadang kita terleka akan tuntutan janji yang telah dibuat tatkala ruh ditiupkan ke dalam jasad, maka Allah menghantar kasihnya berupa sebuah hidayah melalui pelbagai cara yang menjadi asbab.

Sebagai contoh, Allah mengambil sesuatu yang pernah kita miliki sebagai tanda peringatan bahawa kita adalah bersifat makhluk. Apakah sifat makhluk? Makhluk itu bersifat FANA. Tidak kekal. Secara tidak langsung Allah membawa fikiran kita kepada keagungan-Nya. Lantas kita menadah tangan memohon keampunan atas kelalaian itu. Begitulah kuasa-Nya.



Di sudut yang lain pula, Allah menambah nikmat kepada hamba-hambanya yang lain sebagai hadiah dan hidayah. Apabila diberikan nikmat, manusia ini ingatannya kembali semula kepada keesaan Allah lantas menadah tangan mengucapkan kesyukuran dan seterusnya memohohon keampunan atas dosa-dosa yang lampau. Allah membuka hati hambanya melalui nikmat yang dikurniakan. Sungguh Allah berkuasa ke atas tiap sesuatu. 



Hidayah itu pula dilimpahkan kedalam seketul daging yang dinamakan hati. Di sinilah bermulanya tindak tanduk manusia ke arah kebaikan atau kejahatan. Andainya hati itu terdidik dengan mahmudah, maka kebaikanlah jalan pilihan. Begitu pula sebaliknya. Bagi mereka yang memilih jalan gelap, mereka diburu kegelisahan luaran dan dalaman. kerana fitrah manusia itu adalah suci. Hati manusia sekeras mana, sebusuk mana, masih mempunyai sekeping nurani yang mampu membawa kepada kebaikan. Namun sejauh mana ketahanan hati manusia pada kebenaran mampu bertahan. Seringkali didodoi dengan ungkapan "anjing yang biasa makan bangkai, tak dapat makan, bau pun jadilah" yang membunuh keyakinan hati untuk terus bermujahadah. 



Dalam konteks artikel ini, sengaja nak mengungkap manusia-manusia yang suka memperlekehkan insan lain terutama apabila melihat perubahan drastik ke arah positif. Suka atau tidak, inilah realiti yang perlu ditelan oleh seluruh umat. Yang lebih menjengkelkan lagi apabila hinaan itu meniti dari lidah mereka yang mengaku Islam. WTF?? maksud aku, apa yang seronoknya? Kelakar sungguh ke mereka yang bertudung labuh? Hinakah mereka kerana tak memakai seluar yang berlubang-lubang? Kolotkah mereka jika tidak mendedahkan dada atau pusat? Apa mereka itu tiada pedoman hidup? Terjahan pertanyaan bermain di mindaku yang lemah ini.

Mungkin darah Islam yang mengalir dalam tubuh tak segemilang Umar Al-Khattab - Asadullah. Andai darah Umar mengalir dalam tubuh ku, mungkin aku bertindak memenggal mereka itu. Alangkah kecilnya jiwa Islam ini. Hanya doa yang mampu iringi mujahadah diri dan mereka yang mahu mengharap hidayah Allah.



Lantang terdengar di sana sini mengungkap Islam sebagai pemusnah, Islam menolak kemajuan, Islam terrorist dan sebagainya. Apakah tiada suatu yang mampu bangkit menentang tohmahan keji itu? Kaku tingkah, bahkan bersorak bagai Pak Pandir. Inikah Islam yang dijanjikan di akhir zaman? Melontar cacian kepada Islam, sekaligus menghina Allah. Layakkah mengaku Islam. Sungguh agung kuasa Allah menarik hidayah dari hati hambanya. Nau'zubillah.



Oleh kerana hidayah Allah itu bukan suatu yang boleh dijual beli, maka sebagai hambanya, kita mesti berusaha mendapatkannya. Hidayah Allah itu beserta dengan redha-Nya. Jika diri kita sebagai umat Islam mementingkan redha dari makhluk, nah.. redha Allah itu, jauh dari kita. Semoga kita dapat memperkukuhkan amalan dan diterima oleh-Nya. Insya-Allah.

Tuesday, April 26, 2011

Aku adalah aku

Nukilan yang ditulis ini dan nanti bukanlah mahu meminta siapa pun membaca atau menjadi pengikut blog aku. Apa yang ditulis ini bukan mahu menarik minat manusia atau mengejar publisiti. Penulisan yang wujud di blog ini hanya bertujuan mengingatkan aku dan mereka-mereka yang berada diluar sana akan pentingnya ilmu. Kalau sekadar singgah di sini untuk tambah dosa dan musuh, aku syorkan korang baik blah. Sebab aku tak perlukan korang untuk buat apa-apa kejahilan di sini. 

Seribu penghormatan kepada siapa sahaja yang mahu berkongsi ilmu di sini. Tanpa segan silu, aku alu-alukan komen dari korang agar dapat membantu aku dan korang  dalam mengejar kejayaan dalam kehidupan di dunia dan di akhirat.


Andai ada penulisan aku nanti yang korang nak jadikan rujukan, kritikan mahupun cacian; aku harap korang boleh berfikir secara kritis n kreatif agar otak dan akal kurniaan Allah itu tidak di salah ertikan. Kerana kejahatannya manusia ini, lebih jahat dari haiwan, kerana dengan akalnya manusia merosak dan memperdaya. Jadi aku ingatkan, jangan dijadikan nukilan aku sebagai alat untuk korang rosakkan diri sendiri. Wallahu a'lam.