"Katakanlah, 'Siapakah yang memberi rezeki untuk kamu dari langit dan bumi?' Katakanlah, 'Allah. Sesungguhnya, sama ada kami atau kamu adalah di atas petunjuk yang benar, atau dalam kesesatan yang nyata". (34:24)
"Dan menurunkan dari langit, air; dengannya Dia mengeluarkan buah-buahan untuk rezeki kamu. Maka janganlah mengadakan rakan-rakan bagi Allah dengan mengetahuinya". (2:22)
"Kami menurunkan dari langit air yang diberkati, dan menumbuhkan dengannya jannah (kebun-kebun atau taman-taman), dan tanaman biji-bijian tuaian, Dan pohon-pohon palma yang tinggi dengan seludang-seludang berderet rapat, Rezeki untuk hamba-hamba, dan dengannya Kami menghidupkan tanah yang telah mati". (50:9-11)
Maha Suci Allah yang memberi rezeki kepada hamba-hambanya. Kali ini, terdetik di hati aku ingin berkongsi sedikit pendapat dan pandangan setelah menerima lecture dari pensyarah water supply. Dan digabungkan sedikit dengan ilmu yang diturunkan oleh guru-guru lain. Maka terjadilah kerpasan idea di dalam blog ini.
Merujuk ayat-ayat Al-Quran di atas, secara jelas Allah telah menerangkan bahawa air itu datangnya dari langit. Maha Suci Allah yang menurunkan hujan dan salji, dan mustahil baginya bersifat lupa.
Oleh kerana pembelajaran Sains pada hari ini seringkali bagai menolak kekuasaan Allah, aku dengan slumber nya menulis artikel ini setelah menonton sebuah scene video yang menerangkan punca Bob Lokman menyertai Pas.
Maaf, penulisan ini bukan merujuk kepada mana-mana parti, tetapi mahu membuka minda aku sendiri tentang kebesaran dan kekuasaan Allah serta menolak kenyataan kaum Nasrani yang menyatakan kitab Al-Quran itu dicelup daripada Bible.
Mari kita lihat bagaimana sains menerangkan kitar hidrologi.
Gambar di atas menunjukkan kitar hidrologi.
Daripada awan menjadi hujan, dari hujan ke laut pula. Ada pula yang ke sungai, tasik, tanah dan pelbagai lagi. Tapi yang jelas di sini, konsepnya adalah; air turun dari langit. So, buat sahabat yang mengatakan konsep kitar hidrologi sama dengan konsep ayam dan telur, maka aku tegaskan di sini bahawa air itu berasal dari langit.
orang yang menyatakan konsep ayam dan telur, sebenarnya tidak membawa agama semasa belajar sains. Itulah yang aku boleh simpulkan. Berkenaan dengan ayam dan telur, aku syorkan supaya korang baca sejarah Nabi Nuh A.S.. Aku rasa korang akan faham bahawa ayam itu terlebih dahulu sebelum telur.
Wallahu A'lam..

