Nukilan yang ditulis ini dan nanti bukanlah mahu meminta siapa pun membaca atau menjadi pengikut blog aku. Apa yang ditulis ini bukan mahu menarik minat manusia atau mengejar publisiti. Penulisan yang wujud di blog ini hanya bertujuan mengingatkan aku dan mereka-mereka yang berada diluar sana akan pentingnya ilmu. Kalau sekadar singgah di sini untuk tambah dosa dan musuh, aku syorkan korang baik blah. Sebab aku tak perlukan korang untuk buat apa-apa kejahilan di sini.
Seribu penghormatan kepada siapa sahaja yang mahu berkongsi ilmu di sini. Tanpa segan silu, aku alu-alukan komen dari korang agar dapat membantu aku dan korang dalam mengejar kejayaan dalam kehidupan di dunia dan di akhirat.
Andai ada penulisan aku nanti yang korang nak jadikan rujukan, kritikan mahupun cacian; aku harap korang boleh berfikir secara kritis n kreatif agar otak dan akal kurniaan Allah itu tidak di salah ertikan. Kerana kejahatannya manusia ini, lebih jahat dari haiwan, kerana dengan akalnya manusia merosak dan memperdaya. Jadi aku ingatkan, jangan dijadikan nukilan aku sebagai alat untuk korang rosakkan diri sendiri. Wallahu a'lam.

